Islam
Petunjuk Kejayaan At-Taubah
Nota: Dipetik dari Tafsir Ar-Rahman.
Muqaddimah Surah At-Taubah dari tafsir ini adalah:
Surah ini diturukan di Madinah, mengandungi 129 ayat. Dinamakan surah “At-Taubah” (taubat), kerana pada ayat 117 disebutkan perihal golongan yang telah bertaubah dari perbuatan mereka yang salah lalu Allah menerima taubat mereka dan mengampunkannya.
Surah ini juga dinamakan surah “Baraa’ah” (Pemutusan Tanggungjawab) yang maksudnya “Pembatalan Perjanjian” sebagaimana yang diterangkan pada bahagian awal surah ini.
Intisari Kandungannya: Menerangkan pengisytiharan dari Allah dan Rasulnya, yang ditujukan kepada kaum musyrik Arab, dan ditegaskan: Bahawa oleh kerana mereka telah mencabuli perjanjian dengan Rasullullah (s.a.w), maka perjanjian itu adalah dibatalkan oleh Allah dan Rasulnya, dan mereka diberi tempoh selama empat bulan, sesudah itu jika mereka tidak menerima islam, maka mereka akan dimusnahkan dimana sahaja mereka ditemui.
Surah ini juga mendedahkan rahsia kaum munafik yang pura-pura islam pada zahirnya, sedang mereka tetap kafir pada batinnya.
Surah ini pula – dari asalnya – tidak dimulakan dengan Bismillah.
